Wednesday, February 24, 2010

Apa Ada Pada Pasar Malam.....

Makanan dari pasar malam.

Rasanya di Malaysia ni kalau sebut jer pasar malam semua orang tahu kan. Akak percaya ramai yang suka pergi ke pasar malam kalau nak cari barang. Kat situ kan macam-macam barang dijual dengan harga yang perpatutan dan boleh tawar menawar lagi.

Yang paling akak suka kat pasar malam ialah makanananya. Banyak pilihan dan sedap. Di tempat akak yang paling akak suka beli ialah pizza. Mungkin ada yang cakap..apa kelas pizza pasar malam jika nak dibandingkan dengan pizza yang dijual kat restoran kan..cuba dulu...tak kenal maka tak cinta..


pizza ni akak selalu jamu kawan-kawan yang bertandang ke rumah. Tahan lama. simpan jer kat peti ais, nak makan panas je kat micro wave..memang lembut..



Tengok...chese dia banyak..isinya pun banyak..kira puas hati la makan..



popia ni pun sedap juga..gemuk-gemuk saiz dia, sosnya maveles....


selain makanan siap di masak.ada juga dijual udang galah & ikan sungai besar-besar & segar-segar... Akak paling suka beli udang galah sepit biru..selonggok Rm5 jer...sekali masak kira puas la makan tak payah pergi makan kat restoran yang berbintang-bintang tu....

* gambar udang galah tiada.. tak sempat posing tak sabar nak masuk perut..*

Lokasi pasar malam : Rawang, Selangor

Tuesday, February 16, 2010

Part 11
Teluk Kemang, PD, NS


Tempat parking, banyak tak payah berebut-rebut


Pemandangan cantik, seronok lepak-lepak awal pagi tapi bila malam...gelap gelemat.. bagi yang dating memang la sesuai kut..tapi akak takut gelap...


Rasanya agak tak sesuai bagi yang fussy mementingkan keselamatan, area mandi manda, main jet ski, kayak seme share ramai-ramai.

pantai lebar, luas & selesa, saujana mata memandang, nak wat family day memang best.

tapi.......
*
*
*
*


Benda yang macam pembentong (?) tu untuk apa ya.... konfius akak...


Part 1
Teluk Kemang, PD, NS

Baru-baru atas urusan kerja, saya & orang rumah telah ke Port Dickson. Bila selesai urusan malas la pula nak balik terus, dah terlanjur sampai ke sini,lepaklah kejap, lagipun dah lama tak bercuti-cuti malaysia ni.PD ni tak banyak berubah walaupun dah lama tak pergi.



ni dia tempat penginapan, org rmh kata disebabkan atas urusan bisnespun ciput, so kena la dok hotel yang standard jer..kedudukan hotel betul-betul kat area pantai, tak payah nak seberang jalan. Tempat makan pun merata-rata.


bilik standard, untuk melepaskan penat.


jenguk kat tepi tingkap nampak kolam renang.


ni yang penting, wash room yang tip top. Showernya pun besar , rasa macam disirami air hujan lebat..(gambar shower tiada,, tak perlu tunjuk..he..he..he..)

Wednesday, February 10, 2010

Jati diri di perantauan..true story

Hmm...baru malam ni tergerak hati nak update kan blog akak ni....sementara ade mood terus la taip apa yang terlintas di hati..bukan dah lama tak ngadap PC ni ..boleh dikatakan kat rmh akak ni celik mate jer mesti on...cam kat bursa saham tu...24 jam..tapi tu la..kebanyakannya untuk urusan kerja..orang rumah akak la..asal tak keluar jumpa orang ngadap pc, asal tak ngadap pc jumpa orang...bukan tengok yang bukan-bukan yer.. tak baik tau.nanti mata rabun..jgn salah faham....untuk urusan kerja..zaman IT ni..kita gunakanlah segala kemudahan untuk memudahkan segala urusan...macam di luar negara..nak mencuri pun guna internet..hish!hish! tu dah kira salah guna..jangan ikut tau..

Semenjak dua menjak ni akak selalu layan intai intai blog orang pahang...kiranya orang kampung koi la tu..he..he.he..seronok gak..dah lelama merantau ni & terus menetap kat luar negeri tanah tumpah darah...mungkin ke akhir hayat kut...tapi akak kat mesia lagi ni...sesekali blog hopping kat blog org senegeri yang ditulis dalam bahasa ibunda..seronok juga..terasa dekat di hati..siap ada kamus oxford-pahang lagi..hebat sungguh! Nanti kalau sempat akak nak link dengan beberapa blog tu...

Teringat akak masa mula-mula merantau tu awal tahun 90an dulu tu..akak sorang je orang luar..dlm rumah sewa tu semua orang luar, cam nogori, melaka & perak. Sampaikan bila akak masak kerabu timun bersantan..macam pelik jer diaorang tengok..orang Pekan tau la..tak tau bebudak skang ni entah reti entah tidak makan cam gini ..Sama la juga bila akak masak singgang ikan kembung makan dengan budu picit lada burung perah limau nipis ..kecoh satu rumah ingatkan akak orang Kelate la pulok..Nampak sangat la diaorang tak biasa campur dengan orang dari belah pantai timur ni..sampai akak pelik la plak dengan diaorang ni..ni belum lagi diaorang tengok akak makan gulai asam rom, mau pengsan diorang..he..he..he.. tapi sekarang keadaan dah berubah....

Ikut pengalaman akak la ...orang Pahang ni pun satu....terlalu merendah diri sesangat bila berada kat tempat orang @ mereka ini jenis yang mudah menyerap budaya masyarakat setempat..sampaikan macam menghilangkan jati diri sendiri la plak..mana-mana orang Pahang yang terbaca ni jangan marah yer..mungkin akak berjumpa dengan orang yang silap di tempat yang salah kut....tapi apa yang akak catat ini berdasarkan pengalaman peribadi yang
akak alami sendiri , pada masa tu akak bekerja di sebuah company Jepun yang besar juga di Shah Alam..ada la akak terjumpa dengan 2 kerat orang Pahang se ofis ..akak pun seronok la..dah lama tak berkomunikasi dalam bahasa ibunda..dengan terujanya akak pun speaking Pahang ....tahu apa responsnya? "Pekat betul loghat awak ni..sori la saya tak pandai la cakap Pahang" mak oi! tak sangka akak, itu yang terkeluar, padahal akak dapat kesan dia orang Pahang pun berdasarkan slang Jerantet die tu. Itu salah satu contohnya, banyak lagi akak jumpa. Kadang-kadang akak terfikir kenapa la orang Pahang yang akak jumpa kebanyakannya macam tu..tak macam orang Kelantan, Perak, Utara ataupun orang Nogori..tak segan silu menggunakan bahasa ibunda sesama sendiri..Tu belum dok kat negeri orang putih lagi..mau speaking London jer kut...

Tapi sekarang akak dah ada sorang kawan orang Pahang yang tak malu cakap Pahang slang Temerloh dengan akak, bekas kawan seofis masa kerja kat local construction company dulu tu.
Agaknya kerja kat local company ni jati diri dia lain sikit kut..entah le..

Panjang la plok koi blebe ni..tak pe yek sementara ada idea..tulis la panjang kira macam cover untuk sebulan lah ni..he..he..he..

Friday, January 22, 2010

lama betul akak tak up date kan blog ni yer.nasib baik akak masih ingat lagi passwordnya kalau tak bakal jadi rumah berhantu la gamaknya..he.he..he..Entah la akak pun tak tau nape susah sgt akak nak berblog blog ni..mungkin sibuk barangkali..tapi sesibuk manapun akak tak kan tak boleh dok 5 minit update? entah la..susah benor nak jawab pertanyaan sendiri??macam macam hal yang berlaku sejak akhir akhir ini menyebabkan akak takde mood jer walaupun selalu gak g bertandang blog orang lain....
Sejak akhir akhir ni bermacam macam ragam manusia akak lalui dalam usaha mencari rezeki yang halal..Dah tu dicampur lagi dengan bermacam stail & berbagai-bagai versi...pening..pening akak hingga berlama-lamaan gini....tu yang akak dok lepak jer mencari ketenangan jiwa...Hanya pada tuhan saja akak mohon dipermudahkan segala halangan & kesukaran.amin..
Bercakap pasal ragam manusia ni..bagi akak ianya bergantung kepada sifat peribadi seseorang itu..kalau ok orang itu tak kira la bagaimana penampilan orang itu ..walaupun pada zahirnya tak elok pada pandangan masyarakat majmuk selagi ianya tidak menyusahkan kita, selagi dia boleh bersikap profesional, selagi itu la segala urusan akan menjadi telus & mudah.
Tapi kalau orang tidak baik dalamannya walau bagaimana baik penampilannya, itu semua tidak dapat menutup segala pekung yang membusuk di dalamnya walau bagaimana cara sekalipun dia membungkus seluruh tubuhnya dengan pakaian orang yang beriman ...apatah lagi kalau hal-hal yang melibatkan duit terus hilang pertimbangan! terus terserlah sifat ketamakan...orang macam ini lagi bahaya kerana boleh mengelabui mata orang lain...bagi akak orang yang macam inilah yang selalu memburukkan imej orang baik-baik dengan sifat munafiknya.
semoga kita semua terselamat dari orang-orang yang sebegini selama kita mendiami bumi tuhan ini.amin


Friday, January 1, 2010

Tahun Baru


Girly Comments & Graphics

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2010. Semoga Berbahagia Selalu Hendaknya...

Selalunya ayat yang biasa kit guna "pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru"
Oh! ya ke..biasala itukan dah jadi kelaziman untuk menggambarkan sesuatu masa
untuk sesuatu yang baru kan..
Sambut di mana ya malam tadi..bagi yang remaja mungkin diaorang ada agenda sendiri bersama kawan-kawan, kekasih atau ibubapa (?) bagaimana cara untuk menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah atau sederhana ..Tapi ada juga yang menyambutnya bersendirian sahaja..atau yang orang kata "tak sosial" menyambutnya di rumah sahaja di depan TV...tapi seronok juga! Tak lupa juga ucapan melalui sms dihantar & tak kurang juga yang bertalu-talu masuk..hai.kaya la syarikat telekomunikasi..masyuk berlipat kali ganda. Tentu boss tersenyum sampai pagi..
Bagi budak-budak sekolah pula tahun baru semuanya kena baru ..kasut baru, beg sekolah baru, baju alatulis..pendek kata semuanya nak melangkah ke sekolah dengan gaya yang baru..mak bapa yang pening kepala..he..he..he..
Bercakap tentang tahun baru ni tak sah kalau kita tak memperkatakan tentang "azam". Bermacam yang kita dengar..tapi biarlah azam tu yang baik-baik sahaja ye...dan jangan lupa berusaha memenuhi azam kita itu.