Friday, December 18, 2009

MENANG EMAS!!!

Pasukan bolasepak MALAYSIA menang emas
sea games Laos 2009



Akhirnya pasukan negara telah berjaya menamatkan kemarau 20 tahun dengan berjaya
meraih emas dengan kemenangan tipis 1-0 mengalahkan pasukan Vietnam.
Tahniah! Semoga kemenangan ini membawa satu perubahan yang baik
kepada pasukan kita ini. Tidak keterlaluan boleh dikatakan pasukan kita pada mulanya pergi
ke temasya sukan ni tanpa membawa harapan yang tinggi daripada rakyat malaysia tapi dengan berbekal semangat dan keazaman yang hanya pasukan ini sahaja
yang tahu akhirnya berjaya menang juga.
Walaupun pada awalnya berbagai-bagai spekulasi berkenaan dengan prestasi yang tak konsisten..malah ada juga yang mengatakan kita hanya bertuah dengan jersi warna kuning hitam.....Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara ini akak tersangat gembira dengan kemenangan ini..tak kisah la walaupun ada orang kata menang sebab nasib ke..sebab apa ker..tapi bagi akak yang menonton siaran langsung perlawanan ini..dari awal hingga akhir ..dengan menyaksikan kekentalan semangat & cara diaorang bermain sehingga
gawang tak berjaya dibolosi oleh pasukan lawan...
Malaysia patut menang..Tahniah

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam



Pejam celik pejam celik kita dah sampai ke tahun baru..semoga tahun baru Hijrah ini kita semua menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya, menjadi hamba yang senantiasa mensyukuri nikmat-Nya.




Wednesday, December 16, 2009

Gagal..Kecewa.. satu perjalanan hidup

Jangan bersedih.....


Selalunya bila kita gagal mendapatkan sesuatu...atau di timpa sesuatu kesusahan kita akan bersedih..ada juga yang menangis..bersabarlah...
Di sini akak ingin berkongsi dengan semua tentang satu artikal yang akak baca di satu web ini. dah lama akak simpan sebelum blog akak ni ada lagi.dah lupa  kat web mana,,sorry yerk kepada penulis asal.



Kenapa Kita di Uji
Assalamualaikum wr wb. kadang-kadang ... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......

KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
".. dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87


Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah.......... sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan..... kerana ialah penawar..... penawar untuk kita......... marilah kita kembali kepada Al-Qu! ran..... kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya........ semoga Allah memberkati sahabat-sahabat di sana....

wassalam.....
Syukran Jazilan ..






Saturday, December 12, 2009

mimpi, angan-angan, impian & cita-cita



Tukarkan mimpi yang indah itu menjadi satu cita-cita dalam mencapai impian masa depan....

 
Perlukah kita berangan-berangan? jawapannya perlu dan tidak.



Kenapa perlu?

Kerana dengan angan-angan (yang positif) kita akan melangkau sempadan, masa dan pemikiran yang jauh ke hadapan. Ia akan merangsang minda untuk menukar angan-angan kepada impian yang bila kita lakukan bersungguh-sungguh akan membentuk satu cita-cita.
Contohnya..semasa kecil seorang kanak-kanak selalu menonton cerita polis yang menangkap orang jahat. Polis selalunya pada mata kanak-kanak adalah seorang yang berkuasa kerana dengan kuasa yang ada pada polis membolehkannya menangkap orang-orang jahat. Justeru daripada contoh yang ditunjukkan oleh polis itu (yang baik selalunya) akan mendorong kanak-kanak itu berangan-angan menjadi polis, seterusnya jika kena gayanya & fokus kanak-kanak itu berjaya menukar angan-angannya menjadi impian yang kemudiannya membentuk cita-cita. Sebab tu la masa kat sekolah rendah bila cikgu tanya nak jadi apa bila besar nanti, boleh dikatakan separuh darinya nak jadi polis..



Kenapa tidak?

Kerana angan-angan juga tidak boleh sembarangan, perlu berpijak di bumi nyata.
Contohnya nak jadi Ultraman. Anak-anak kita sekarang ramai yang sudah ketagih nak menonton Ultraman, Spiderman dll superhero seperti yang selalu keluar kat TV tu. Sampaikan ada yang ditanya bila besar nanti nak jadi apa? dengan confidennya jawap "Ultraman!"
hmmm....tak patut betul angan-angan macam ni ye nak...

Anda bagaimana pula? adakah mimpi anda semasa kecil telah menjadi kenyataan.


Bagi orang dewasa pula ada bermacam-macam angan-angan / impian. Nak jadi kaya la, usahawan la, nak beli motor besar la, nak pakai kereta besar la, rumah besar la...nak itu la, nak ini la, bla..bla..bla...
*
**
***
Teruskan bermimpi jika mimpi anda mampu menjadikan anda seorang yang terus bersemangat menjalani kehidupan ini..jika tidak abaikan saja..


Tuesday, December 1, 2009

kita baru saja meraikan hari raya aidil adha atau hari raya korban, juga disebut sebagai hari raya haji..Ramai di antara kita melaksanakan ibadah korban, selepas ni ada yang terus membuat majlis berkhatan pula.....budak-budak lelaki yang dah berkhatan ada yang dah perasan dah besar dah..setengah tu ada pula cakap dah boleh kawin!
Baru-baru ni akak menyambut hari raya aidil adha di Pahang. Suasananya agak meriah jika dibandingkan dengan di sebelah pantai barat Semenanjung, kalau Sabah & Sarawak tu akak tak tau la sebab tak de pengalaman beraya di sana. Pada pemerhatian akak la (kalau ada yang tak setuju jangan marah ye) sambutan di sebelah pantai barat semenanjung ni tak terasa meriahnya, selain dari adanya korban, makan-makan bersama ahli keluarga, sembahyang raya, yang lain tu tak ubah seperti cuti am sahaja.Berbeza dengan di sebelah pantai timur (Pahang, Terengganu & Kelantan). Suasananya tetap meriah walaupun terkurang sedikit daripada hari raya puasa (aidilfitri) suasana tetap meriah, pakai baju cantik-cantik & ada acara kunjung mengunjugi antara jiran tetangga & ada duit raya lagi!

Masa akak bujang dulu tu ada selalu juga akak beraya di Selangor di rumah sewa bersama rakan-rakan..kitaorang buat juga makanan special..lepas berkumpul sambil menikmati juadah yang kitaorang buat sendiri kitaorang akan lepak-lepak di depan TV..macam biasa jer..
Pernah juga ada ikut kawan balik beraya di Negeri Sembilan. .suasananya biasa jer..lain padang belalang..

Bila dah habis cuti raya tu mula la terasa badan dah naik sikit..Takkan la nak tukar saiz tiap-tiap tahun, penat akak.. tu la masa raya tu makan tak beringat langsung, apa yang dihidangkan semua nak rasa.. Tengok pulak makanan yang cantik2, comel2 macam cupcake..tak tahan rasanya...




Bila dah balik sini dek kesibukan tak sempat nak masak pula, dapur pulak hmmm..kurang berasap......dah macam dah ikat kontrak makan minum dengan kedai makan sampaikan pekerja kedai makan & tokeynya sekali kenal.. kalau malam pulak makan apa yang mudah jer... macam fast food tu...hmm alahai...

Tahun depan sempena bertambahnya usia kena la akak merangka satu program pemakan untuk akak la...kena jaga kesihatan sikit...