Saturday, October 31, 2009

ooo.. dah nak maghrib rupanya.. bz la akak hari ni..ingatkan nak blog hoping tapi..kita hanya merancang..tak per banyak masa lagi...petang-petang kat tempat kediaman akak ni memang meriah..sampai la ke malam....tapi akak cool ajer...tak suka bikin kecoh n kepoh....petang ni akak minum nescafe dengan aga-agar santan, biasa buat kaler hijau tapi hari ni tukar kaler ala-ala merah pink gitu....tak de selera nak makan benda-benda bergoreng hari ni..berbeza betul dengan orang rumah akak memang tak berminat dengan sebarang makanan yang berasaskan agar-agar ker puding ker..memang lain seleranya..tu la bila hidup bersama ni apa-apa perbezaan yang wujud adalah warna-warna dalam kehidupan. Kalau semua sama jer..boring gak..tak challenging la plak..apa pun terserah pada pendapat masing-masing.Tapi bagi akak mana-mana pasangan yang telah bersetuju untuk hidup bersama mesti kena tau serba sedikit tentang perbezaan di antara mereka kan..tak de la nanti masa bercinta bukan main lagi..semua telan walaupun pahit tanpa ada sebarang komen, kiranya semuanya kata okey walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu..semuanya kerana nak jaga hati punya pasal tapi bila dah sah melangkah ke alam rumahtangga..hmmm.baru la tau ..itu tak suka ini tak suka.....dah tak boleh main taram lagi dah..kan ke susah tu...kalau kita dah tau awal-awal...kan senang nak buat persediaan.......

Friday, October 30, 2009

Pagi-pagi ni sambil minum akak dah tercongok kat depan PC...cam apa jer..he..he...macam rumah baru la tentu kita tak sabar nak hias hias kan..tak pe slow slow dulu..hari ni akak masukkan apa apa ajer yang simple macam tip2 tu..akak memang suka tip2 ni..macam peringatan la bagi akak... petang ni dah plan nak jenguk ke rumah-rumah orang lain.nak berziarah sambil berkenalan...kut ada yang sudi..kita kan orang baru kena la bermanis manis mulut bertegur sapa...kalau kita nak kenal orang kena la tegur dulu..kan..kan...lepas ni akak nak keluar jap..pastu kalau ada masa akan teruskan misi berkenalan ...

Thursday, October 29, 2009

Salam Untuk Semua

Hai, assalamualaikum
Kepada semua di maya ini kalau-kalau termasuk ke sini yer... akak baru jer nak start nak lepak-lepak kat sini.. iya la..banyak masa terluang.. dah bosan dengan rutin hari-hari..sampai dah tak lalu dah dah basuh, masak, makan, tidur, baca paper, nonton tv...akak rasa nak buat benda baru la..ber blogging la....dapat juga pengalaman baru..kut2 ada orang nak berkawan dengan akak..dapat jugak la kawan baru...
Nak buat blog ni nak kata susah tak susah tapi nak kata senang tak la senang sangat..puas juga akak godek-godek nak tukar template...seharian dok ngadap PC...tapi tak per la ini sekadar testing jer..nanti kalau lama-lama nanti akak nak tukar background cantik-cantik punyer..he..he..