sea games Laos 2009
Friday, December 18, 2009
MENANG EMAS!!!
sea games Laos 2009
Selamat Menyambut Tahun Baru Islam
Wednesday, December 16, 2009
Gagal..Kecewa.. satu perjalanan hidup
Di sini akak ingin berkongsi dengan semua tentang satu artikal yang akak baca di satu web ini. dah lama akak simpan sebelum blog akak ni ada lagi.dah lupa kat web mana,,sorry yerk kepada penulis asal.
Assalamualaikum wr wb. kadang-kadang ... bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih... dan pelbagai persoalan timbul dibenak hati sanubari kita.......
KENAPA AKU DIUJI ?
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA ??
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111
" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
Saturday, December 12, 2009
mimpi, angan-angan, impian & cita-cita
Perlukah kita berangan-berangan? jawapannya perlu dan tidak.
Kenapa perlu?
Kerana dengan angan-angan (yang positif) kita akan melangkau sempadan, masa dan pemikiran yang jauh ke hadapan. Ia akan merangsang minda untuk menukar angan-angan kepada impian yang bila kita lakukan bersungguh-sungguh akan membentuk satu cita-cita.
Contohnya..semasa kecil seorang kanak-kanak selalu menonton cerita polis yang menangkap orang jahat. Polis selalunya pada mata kanak-kanak adalah seorang yang berkuasa kerana dengan kuasa yang ada pada polis membolehkannya menangkap orang-orang jahat. Justeru daripada contoh yang ditunjukkan oleh polis itu (yang baik selalunya) akan mendorong kanak-kanak itu berangan-angan menjadi polis, seterusnya jika kena gayanya & fokus kanak-kanak itu berjaya menukar angan-angannya menjadi impian yang kemudiannya membentuk cita-cita. Sebab tu la masa kat sekolah rendah bila cikgu tanya nak jadi apa bila besar nanti, boleh dikatakan separuh darinya nak jadi polis..
Kenapa tidak?
Kerana angan-angan juga tidak boleh sembarangan, perlu berpijak di bumi nyata.
Contohnya nak jadi Ultraman. Anak-anak kita sekarang ramai yang sudah ketagih nak menonton Ultraman, Spiderman dll superhero seperti yang selalu keluar kat TV tu. Sampaikan ada yang ditanya bila besar nanti nak jadi apa? dengan confidennya jawap "Ultraman!"
hmmm....tak patut betul angan-angan macam ni ye nak...
Anda bagaimana pula? adakah mimpi anda semasa kecil telah menjadi kenyataan.
Bagi orang dewasa pula ada bermacam-macam angan-angan / impian. Nak jadi kaya la, usahawan la, nak beli motor besar la, nak pakai kereta besar la, rumah besar la...nak itu la, nak ini la, bla..bla..bla...
*
**
***
Teruskan bermimpi jika mimpi anda mampu menjadikan anda seorang yang terus bersemangat menjalani kehidupan ini..jika tidak abaikan saja..
Tuesday, December 1, 2009

Baru-baru ni akak menyambut hari raya aidil adha di Pahang. Suasananya agak meriah jika dibandingkan dengan di sebelah pantai barat Semenanjung, kalau Sabah & Sarawak tu akak tak tau la sebab tak de pengalaman beraya di sana. Pada pemerhatian akak la (kalau ada yang tak setuju jangan marah ye) sambutan di sebelah pantai barat semenanjung ni tak terasa meriahnya, selain dari adanya korban, makan-makan bersama ahli keluarga, sembahyang raya, yang lain tu tak ubah seperti cuti am sahaja.Berbeza dengan di sebelah pantai timur (Pahang, Terengganu & Kelantan). Suasananya tetap meriah walaupun terkurang sedikit daripada hari raya puasa (aidilfitri) suasana tetap meriah, pakai baju cantik-cantik & ada acara kunjung mengunjugi antara jiran tetangga & ada duit raya lagi!
Masa akak bujang dulu tu ada selalu juga akak beraya di Selangor di rumah sewa bersama rakan-rakan..kitaorang buat juga makanan special..lepas berkumpul sambil menikmati juadah yang kitaorang buat sendiri kitaorang akan lepak-lepak di depan TV..macam biasa jer..
Pernah juga ada ikut kawan balik beraya di Negeri Sembilan. .suasananya biasa jer..lain padang belalang..
Bila dah habis cuti raya tu mula la terasa badan dah naik sikit..Takkan la nak tukar saiz tiap-tiap tahun, penat akak.. tu la masa raya tu makan tak beringat langsung, apa yang dihidangkan semua nak rasa.. Tengok pulak makanan yang cantik2, comel2 macam cupcake..tak tahan rasanya...
Bila dah balik sini dek kesibukan tak sempat nak masak pula, dapur pulak hmmm..kurang berasap......dah macam dah ikat kontrak makan minum dengan kedai makan sampaikan pekerja kedai makan & tokeynya sekali kenal.. kalau malam pulak makan apa yang mudah jer... macam fast food tu...hmm alahai...
Tahun depan sempena bertambahnya usia kena la akak merangka satu program pemakan untuk akak la...kena jaga kesihatan sikit...
Monday, November 23, 2009
Kak lily teringat masa zaman kak lily dulu..masa kak lily di bangku sekolah rendah kalau sebut jer cuti hmm...memang suka sesangat...iya ka bebudak kampung masa tu..tak la macam sekarang ni...yang terbayang di kepala kak lily masa tu..kalau cuti jer..mesti ada ingat main..(teruknya akak kan..kan..kan..)..pastu mesti ada kenduri kawin sana sini....
Kak lily masa kecil-kecil dulu ..biasanya pagi-pagi kena pergi mengaji dulu..mengaji ni wajib..kitaorang berlumba-lumba nak tamat muqaddam nak naik quran cepat-cepat..lepas tu kalau qatam lambat pun tak pe..janji pandai baca quran..tak de la malu tak tau ngaji..(dahsyat juga pemikiran kitaorang masa kecil dolu-dolu tu....nasib baik qatam juga akak..he..he..he..) pas balik jer dari mengaji kemas rumah..dulu tu kalau budak-budak sekolah rendah terutama yang perempuannya dah diajar buat kerja-kerja rumah, kalau yang lelakinya kena pergi ikut bapa kerja kat ladang..tapi akak semua buat...kalau nak duit poket nak mesti kena tolong bapa akak pergi ladang..lepas du dapat la RM 10 sebulan, kalau nasib baik dapat la lebih..dengan duit tu selalunya akak beli t-shirt kat pasar...dulu tu mana tau brand brand macam sekarang nih.kalau ada duit lebih beli la kamus dwibahasa ....buku cerita akak tak beli, kalau rasa nak baca buku cerita atau buku encyclopaedia yang mahal-mahal tu akak selalu baca atau pinjam kat library kat kg akak ....Nasib baik ada library kat kg, kalau tak terpaksa la baca suratkhabar jawi jer hari-hari, nak beli buku rasanya mahal sangat.
Bila time nak pergi kenduri plak..kitaorang plan la dengan geng-geng sepermainan pergi sama-sama beramai-ramai macam nak pergi beraya tu..baju pun tak de nak berfesyen-fesyen sangat..janji pakai jer baju kurung...bila sampai di rumah orang kenduri..yang orang tuanya duduk tempat yang disediakan tapi yang budak-budak macam kitaorang ambik jer nasi sepinggan sorang letak lauk seketul dua pastu duduk la mana-mana suka..bawah pokok pun jadi...ala ala camping tu..dan kami makan dengan seronoknya..
agenda lainnya ..apalagi main la...main..main..main...biasanya kami akan main polis sentri, kayu pangkah, roundes ( tak tau la betul ejaan ni), jengket-jengket, kalau nak advance main la guli..tu kalau ada duit lebih baru beli guli, main guli ni seronok kalau fokus dapat la guli banyak kalau tak mesti balik dengan bengangnya macam kalah pertaruhan..dah tu kena ejek lagi..hish.hish..hish..
kalau nak main congkak gali jer tanah buat lubang-lubang banyak mana nak..tak de hal punya.....pastu main la guna batu yang dikutip kat tepi jalan...kami tak guna biji getah sebab kami duduk di kawasan ladang kelapa sawit..so kena la guna batu jer..kalau nak guna guli mahal..kena keluar duit kena beli, mana la ada bajet. ..kalau dah menang main guli dah dapat guli banyak baru la boleh guna guli main congkak......tu pun kena kira kalau tak selalu kena curi...
Kami dulu-dulu tu walau selalu berkaki ayam main lari-lari, kejar-kejar, guling-guling kat tanah tapi tak de la kena penyakit macam demam-demam teruk, kena kudis buta ker, luka-luka tu perkara biasa..tak nangis punya kalau nangis siap la kena ejek...tak de la macam anak-anak zaman sekarang ni..kena gigit nyamuk pun tension, luka sikit nangis terus pergi klinik, mungkin antibody anak-anak zaman akak dulu tu kuat kut sebab selalu aktif keluar peluh tak seperti anak-anak zaman sekarang tapi bukan semua la ..suka sangat dok memerap main game kat rumah....hemm alahai....
Tapi..bila akak dah masuk sekolah menengah.... dah mula jarang keluar rumah....kami dulu diajar supaya ada sifat malu..anak dara tak elok nak merewang-rewang keluar rumah selalu...kalau ada hal yang dirasakan penting baru la keluar..dah tak boleh lepak-lepak sangat..tapi itu kata orang tua-tua la..bagi kak lily agenda tetap diteruskan bersama geng yang sealiran tapi berpada-pada dan ada hadnya..masa tu tahun 80an..tak boleh la ikut stye 70an.....sama la macam sekarang tahun 2000 tak boleh sangat nak ikut style 90an...apa pun apa yang ingin/bakal kita lakukan jangan menyimpang jauh dari dari batas-batas yang ditetapkan oleh budaya & syariat.....
Monday, November 16, 2009
corat-coret hujan & di jalanan....


Bila memandu ingatlah orang yang tersayang..jangan lupa sebelum memandu baca doa naik kenderaan ye! Moga-moga kita dilindungiNya...
Hujan kembali membasahi bumi...
Monday, November 2, 2009

Sehingga ke hari ini akak masih gagal (?) untuk melakukan salam ziarah & sesi memperkenalkan diri lagi...malam nanti tengah malam kut...he..he..he... kalau sempat dapat la meneruskan misi sesi berkenal-kenalan di maya..Selama ni dok mengendap jer kat rumah orang..so bila dah ada rumah sendiri tak de la tersipu sipu akak nanti, boleh la menjemput datang ke rumah akak pulak kan..kitaorang orang Melayu..ada tata susila bila bertandang ke rumah orang..Kalau bertandang ke rumah orang seboleh-bolehnya hormatilah tuan rumah..jangan buat sesuka hati..sama la kalau orang bila ke rumah kita..dah la kita jemput & layan baik-baik...tiba-tiba tetamu kita tu bersikap kureng asam sikit buat sesuka hati dia, tentu kita tak selesa kan..macam mana tempat dia ..begitu la juga tempat kita kan..ada undang-undang & peraturan yang perlu dihormati.. selesa kan.. bab kata pepatah Melayu yang masyhur tu "orang berbudi kita berbahasa"
Saturday, October 31, 2009
