Girly Comments & Graphics
Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2010. Semoga Berbahagia Selalu Hendaknya...
Selalunya ayat yang biasa kit guna "pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru"
Oh! ya ke..biasala itukan dah jadi kelaziman untuk menggambarkan sesuatu masa
untuk sesuatu yang baru kan..
Sambut di mana ya malam tadi..bagi yang remaja mungkin diaorang ada agenda sendiri bersama kawan-kawan, kekasih atau ibubapa (?) bagaimana cara untuk menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah atau sederhana ..Tapi ada juga yang menyambutnya bersendirian sahaja..atau yang orang kata "tak sosial" menyambutnya di rumah sahaja di depan TV...tapi seronok juga! Tak lupa juga ucapan melalui sms dihantar & tak kurang juga yang bertalu-talu masuk..hai.kaya la syarikat telekomunikasi..masyuk berlipat kali ganda. Tentu boss tersenyum sampai pagi..
Bagi budak-budak sekolah pula tahun baru semuanya kena baru ..kasut baru, beg sekolah baru, baju alatulis..pendek kata semuanya nak melangkah ke sekolah dengan gaya yang baru..mak bapa yang pening kepala..he..he..he..
Bercakap tentang tahun baru ni tak sah kalau kita tak memperkatakan tentang "azam". Bermacam yang kita dengar..tapi biarlah azam tu yang baik-baik sahaja ye...dan jangan lupa berusaha memenuhi azam kita itu.
salam kenal dan selamat menyambut tahun baru 2010
ReplyDelete