Showing posts with label cita-cita. Show all posts
Showing posts with label cita-cita. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

mimpi, angan-angan, impian & cita-cita



Tukarkan mimpi yang indah itu menjadi satu cita-cita dalam mencapai impian masa depan....

 
Perlukah kita berangan-berangan? jawapannya perlu dan tidak.



Kenapa perlu?

Kerana dengan angan-angan (yang positif) kita akan melangkau sempadan, masa dan pemikiran yang jauh ke hadapan. Ia akan merangsang minda untuk menukar angan-angan kepada impian yang bila kita lakukan bersungguh-sungguh akan membentuk satu cita-cita.
Contohnya..semasa kecil seorang kanak-kanak selalu menonton cerita polis yang menangkap orang jahat. Polis selalunya pada mata kanak-kanak adalah seorang yang berkuasa kerana dengan kuasa yang ada pada polis membolehkannya menangkap orang-orang jahat. Justeru daripada contoh yang ditunjukkan oleh polis itu (yang baik selalunya) akan mendorong kanak-kanak itu berangan-angan menjadi polis, seterusnya jika kena gayanya & fokus kanak-kanak itu berjaya menukar angan-angannya menjadi impian yang kemudiannya membentuk cita-cita. Sebab tu la masa kat sekolah rendah bila cikgu tanya nak jadi apa bila besar nanti, boleh dikatakan separuh darinya nak jadi polis..



Kenapa tidak?

Kerana angan-angan juga tidak boleh sembarangan, perlu berpijak di bumi nyata.
Contohnya nak jadi Ultraman. Anak-anak kita sekarang ramai yang sudah ketagih nak menonton Ultraman, Spiderman dll superhero seperti yang selalu keluar kat TV tu. Sampaikan ada yang ditanya bila besar nanti nak jadi apa? dengan confidennya jawap "Ultraman!"
hmmm....tak patut betul angan-angan macam ni ye nak...

Anda bagaimana pula? adakah mimpi anda semasa kecil telah menjadi kenyataan.


Bagi orang dewasa pula ada bermacam-macam angan-angan / impian. Nak jadi kaya la, usahawan la, nak beli motor besar la, nak pakai kereta besar la, rumah besar la...nak itu la, nak ini la, bla..bla..bla...
*
**
***
Teruskan bermimpi jika mimpi anda mampu menjadikan anda seorang yang terus bersemangat menjalani kehidupan ini..jika tidak abaikan saja..