kita baru saja meraikan hari raya aidil adha atau hari raya korban, juga disebut sebagai hari raya haji..Ramai di antara kita melaksanakan ibadah korban, selepas ni ada yang terus membuat majlis berkhatan pula.....budak-budak lelaki yang dah berkhatan ada yang dah perasan dah besar dah..setengah tu ada pula cakap dah boleh kawin!
Baru-baru ni akak menyambut hari raya aidil adha di Pahang. Suasananya agak meriah jika dibandingkan dengan di sebelah pantai barat Semenanjung, kalau Sabah & Sarawak tu akak tak tau la sebab tak de pengalaman beraya di sana. Pada pemerhatian akak la (kalau ada yang tak setuju jangan marah ye) sambutan di sebelah pantai barat semenanjung ni tak terasa meriahnya, selain dari adanya korban, makan-makan bersama ahli keluarga, sembahyang raya, yang lain tu tak ubah seperti cuti am sahaja.Berbeza dengan di sebelah pantai timur (Pahang, Terengganu & Kelantan). Suasananya tetap meriah walaupun terkurang sedikit daripada hari raya puasa (aidilfitri) suasana tetap meriah, pakai baju cantik-cantik & ada acara kunjung mengunjugi antara jiran tetangga & ada duit raya lagi!
Masa akak bujang dulu tu ada selalu juga akak beraya di Selangor di rumah sewa bersama rakan-rakan..kitaorang buat juga makanan special..lepas berkumpul sambil menikmati juadah yang kitaorang buat sendiri kitaorang akan lepak-lepak di depan TV..macam biasa jer..
Pernah juga ada ikut kawan balik beraya di Negeri Sembilan. .suasananya biasa jer..lain padang belalang..
Bila dah habis cuti raya tu mula la terasa badan dah naik sikit..Takkan la nak tukar saiz tiap-tiap tahun, penat akak.. tu la masa raya tu makan tak beringat langsung, apa yang dihidangkan semua nak rasa.. Tengok pulak makanan yang cantik2, comel2 macam cupcake..tak tahan rasanya...
Bila dah balik sini dek kesibukan tak sempat nak masak pula, dapur pulak hmmm..kurang berasap......dah macam dah ikat kontrak makan minum dengan kedai makan sampaikan pekerja kedai makan & tokeynya sekali kenal.. kalau malam pulak makan apa yang mudah jer... macam fast food tu...hmm alahai...
Tahun depan sempena bertambahnya usia kena la akak merangka satu program pemakan untuk akak la...kena jaga kesihatan sikit...
Calo Penerima Anggota Polisi Ditangkap
-
Surabaya-Perwira menengah Kepolisian Daerah Jawa Timur, Ajun Komisaris
Besar Ernani Rahayu, dituntut hukuman 3 tahun penjara oleh jaksa penuntut
umum di Pe...
9 years ago
No comments:
Post a Comment