Friday, January 22, 2010

lama betul akak tak up date kan blog ni yer.nasib baik akak masih ingat lagi passwordnya kalau tak bakal jadi rumah berhantu la gamaknya..he.he..he..Entah la akak pun tak tau nape susah sgt akak nak berblog blog ni..mungkin sibuk barangkali..tapi sesibuk manapun akak tak kan tak boleh dok 5 minit update? entah la..susah benor nak jawab pertanyaan sendiri??macam macam hal yang berlaku sejak akhir akhir ini menyebabkan akak takde mood jer walaupun selalu gak g bertandang blog orang lain....
Sejak akhir akhir ni bermacam macam ragam manusia akak lalui dalam usaha mencari rezeki yang halal..Dah tu dicampur lagi dengan bermacam stail & berbagai-bagai versi...pening..pening akak hingga berlama-lamaan gini....tu yang akak dok lepak jer mencari ketenangan jiwa...Hanya pada tuhan saja akak mohon dipermudahkan segala halangan & kesukaran.amin..
Bercakap pasal ragam manusia ni..bagi akak ianya bergantung kepada sifat peribadi seseorang itu..kalau ok orang itu tak kira la bagaimana penampilan orang itu ..walaupun pada zahirnya tak elok pada pandangan masyarakat majmuk selagi ianya tidak menyusahkan kita, selagi dia boleh bersikap profesional, selagi itu la segala urusan akan menjadi telus & mudah.
Tapi kalau orang tidak baik dalamannya walau bagaimana baik penampilannya, itu semua tidak dapat menutup segala pekung yang membusuk di dalamnya walau bagaimana cara sekalipun dia membungkus seluruh tubuhnya dengan pakaian orang yang beriman ...apatah lagi kalau hal-hal yang melibatkan duit terus hilang pertimbangan! terus terserlah sifat ketamakan...orang macam ini lagi bahaya kerana boleh mengelabui mata orang lain...bagi akak orang yang macam inilah yang selalu memburukkan imej orang baik-baik dengan sifat munafiknya.
semoga kita semua terselamat dari orang-orang yang sebegini selama kita mendiami bumi tuhan ini.amin


Friday, January 1, 2010

Tahun Baru


Girly Comments & Graphics

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2010. Semoga Berbahagia Selalu Hendaknya...

Selalunya ayat yang biasa kit guna "pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru"
Oh! ya ke..biasala itukan dah jadi kelaziman untuk menggambarkan sesuatu masa
untuk sesuatu yang baru kan..
Sambut di mana ya malam tadi..bagi yang remaja mungkin diaorang ada agenda sendiri bersama kawan-kawan, kekasih atau ibubapa (?) bagaimana cara untuk menyambut kedatangan tahun baru dengan meriah atau sederhana ..Tapi ada juga yang menyambutnya bersendirian sahaja..atau yang orang kata "tak sosial" menyambutnya di rumah sahaja di depan TV...tapi seronok juga! Tak lupa juga ucapan melalui sms dihantar & tak kurang juga yang bertalu-talu masuk..hai.kaya la syarikat telekomunikasi..masyuk berlipat kali ganda. Tentu boss tersenyum sampai pagi..
Bagi budak-budak sekolah pula tahun baru semuanya kena baru ..kasut baru, beg sekolah baru, baju alatulis..pendek kata semuanya nak melangkah ke sekolah dengan gaya yang baru..mak bapa yang pening kepala..he..he..he..
Bercakap tentang tahun baru ni tak sah kalau kita tak memperkatakan tentang "azam". Bermacam yang kita dengar..tapi biarlah azam tu yang baik-baik sahaja ye...dan jangan lupa berusaha memenuhi azam kita itu.